Ahad, 27 Mac 2011

MIFF


Ditubuhkan pada 29 Jun 2006, MIFF  MARKETING (M) SDN BHD adalah sebuah syarikat 100% bumiputera dan mempunyai visi untuk memberi pengetahuan dan keyakinan kepada pengguna terhadap barangan buatan Malaysia khususnya rakyat yang beragama Islam.



MIFF MARKETING (M) SDN BHD (739339-X)
5A-2, JALAN REKO SENTRAL 1, REKO SENTRAL, 43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

TEL: +603 8733 6309
FAKS: +603 8733 6310

Jumaat, 25 Mac 2011

TAYAMMUM

  1. Takrif Tayammum
Tayammum ditakrifkan oleg Golongan Ulama Syafie sebagai menyampaikan debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan untuk menggantikan wuduk atau mandi atau mana-mana satu anggota kedua-duanya dengan syarat-syarat tertentu.

  1. Penggunaan Tayammum untuk Ibadah
Boleh bersuci dengan taymmum untuk setiap amalan taat yang perlu kepada suci (taharah) seperti solat fardu, solat sunat, menyentuh mashaf, membaca Al-Quran, sujud tilawah dan lain-lain lagi.

  1. Tayammum untuk Hadas-hadas.
Mengangkat  hadas kecil, hadas besar (junub), haid dan nifas dengan Tayammum dibolehkan.


  1. Syarat-syarat Tayammum
1.      Air tidak ditemui selepas berikhtiar mencarinya.
2.      Masuk waktu solat fardu. Tidak sah tayammum sebelum masuk waktu solat fardu.
3.      Debu tanah yang diyakinkan suci untuk tayammum.
4.      Air tidak mencukupi untuk wuduk atau mandi.
5.      Hilang keupayaan untuk menggunakan air, contoh di kawasan musuh, dijual sangat mahal.
6.      Sakit atau lambat sembuh bila berwuduk atau mandi.
7.      Apabila air terhad lebih diperlukan untuk kecemasan.
8.      Iklim yang sangat sejuk atau air menjadi sangat sejuk
9.      Ketiadaan alat untuk mengambil air seperti tiada timba atau tali.
10.  Takut luput waktu solat bagi orang musafir jika mencari air.

Rabu, 23 Mac 2011

PENGGUNAAN DAN PERKHIDMATAN YANG DI SEDIAKAN

Pihak kami menyediakan perkhidmatan Samak(Sertu) di semua lokasi-lokasi seperti berikut:-


1)     Premis Kediaman
2)     Restoran dan Hotel
3)     Kilang-kilang
4)     Dapur kapal laut
5)     Kontena-kontena pengangkutan yang  membawa makanan halal.

Pihak kami rasa terpanggil dan tanggung jawab untuk menyediakan perkhidmatan samak(Sertu) kepada masyarakat khususnya masyarakat muslimin untuk menyediakan tempat yang suci lagi menyucikan.

Perkhidmatan yang di sediakan oleh pihak kami sentiasa di pantau dan mengikut garis panduan serta nasihat dari ahli-ahli panel Syariah kami.;



Proses Sertu/samak  Pelantar (Offshore) Kota Kinabalu, Sabah

Proses Sertu/samak kafetaria


Proses Sertu/samak  kilang  

Proses Sertu/samak  Pelantar (Offshore) Johor Bharu.


Proses Sertu/samak  kontena

Proses Sertu/samak  rumah





HIKMAT / FAEDAH YANG DI PEROLEHI DENGAN BERSAMAK


Ø  Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kawasan yang terkena najis.

Ø  Supaya manusia dapat menggunakan barangan dan peralatan dengan selesa dan bersih.

Ø  Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan semua peralatan harian.

Ø  Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.

Ø  Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.

Ø  Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.

MENGAPA KITA PERLU SERTU / SAMAK?

Kenapa Islam menyuruh umatnya samak apabila tersentuh khinzir yang basah atau kering? Ada satu penelitian ilmiah yang diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Mereka berpendapat :

“Khinzir banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara khinzir, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60'C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada khinzir, maka dalam tubuh khinzir, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong)."

Antara sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:


Terjemahannya; Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila anjing menjilat air yang berada dalam bejana salah seorang daripada kamu, hendaklah dituangkan air tersebut, seterusnya basuhlah iaitu samaklah sebanyak tujuh kali."



HIKMAT / FAEDAH YANG DI PEROLEHI DENGAN BERSAMAK

         
ü  Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kawasan yang terkena najis.

ü  Supaya manusia dapat menggunakan barangan dan peralatan dengan selesa dan bersih.

ü  Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan semua peralatan harian.

ü  Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.

ü  Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.

ü  Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.



         

PRODUK

RANGKAIAN PRODUK


MIFF MARKETING (M) SDN BHD  mengeluarkan produk “CLAY MIFF” mengikut versi 25gm dan 50gm dalam kotak dan 30gm dalam botol , Clay Miff 1.5 kg dan Cucian Tangan ‘Clay’ (Hand Clay Wash)

Dimana Sahaja Anda Berada Dan Dalam Apa Keadaan Jua