Rabu, 23 Mac 2011

MENGAPA KITA PERLU SERTU / SAMAK?

Kenapa Islam menyuruh umatnya samak apabila tersentuh khinzir yang basah atau kering? Ada satu penelitian ilmiah yang diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Mereka berpendapat :

“Khinzir banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara khinzir, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60'C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada khinzir, maka dalam tubuh khinzir, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong)."

Antara sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:


Terjemahannya; Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila anjing menjilat air yang berada dalam bejana salah seorang daripada kamu, hendaklah dituangkan air tersebut, seterusnya basuhlah iaitu samaklah sebanyak tujuh kali."



HIKMAT / FAEDAH YANG DI PEROLEHI DENGAN BERSAMAK

         
ü  Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kawasan yang terkena najis.

ü  Supaya manusia dapat menggunakan barangan dan peralatan dengan selesa dan bersih.

ü  Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan semua peralatan harian.

ü  Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.

ü  Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.

ü  Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.



         

1 ulasan: