Jumaat, 25 Mac 2011

TAYAMMUM

  1. Takrif Tayammum
Tayammum ditakrifkan oleg Golongan Ulama Syafie sebagai menyampaikan debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan untuk menggantikan wuduk atau mandi atau mana-mana satu anggota kedua-duanya dengan syarat-syarat tertentu.

  1. Penggunaan Tayammum untuk Ibadah
Boleh bersuci dengan taymmum untuk setiap amalan taat yang perlu kepada suci (taharah) seperti solat fardu, solat sunat, menyentuh mashaf, membaca Al-Quran, sujud tilawah dan lain-lain lagi.

  1. Tayammum untuk Hadas-hadas.
Mengangkat  hadas kecil, hadas besar (junub), haid dan nifas dengan Tayammum dibolehkan.


  1. Syarat-syarat Tayammum
1.      Air tidak ditemui selepas berikhtiar mencarinya.
2.      Masuk waktu solat fardu. Tidak sah tayammum sebelum masuk waktu solat fardu.
3.      Debu tanah yang diyakinkan suci untuk tayammum.
4.      Air tidak mencukupi untuk wuduk atau mandi.
5.      Hilang keupayaan untuk menggunakan air, contoh di kawasan musuh, dijual sangat mahal.
6.      Sakit atau lambat sembuh bila berwuduk atau mandi.
7.      Apabila air terhad lebih diperlukan untuk kecemasan.
8.      Iklim yang sangat sejuk atau air menjadi sangat sejuk
9.      Ketiadaan alat untuk mengambil air seperti tiada timba atau tali.
10.  Takut luput waktu solat bagi orang musafir jika mencari air.

1 ulasan:

  1. terima kasih, sangat membantu.. minta anda ke blog saya untuk komen.. halal-cleaning.blogspot.com

    BalasPadam